Salam Maal Hijrah..ngeee (walau agak terlambat)
Tinggalkan yang lepas dan teruskan perjuangan kehidupan. Tahun baru ini sedikit berbeza, kerana masih berbekas luka lalu.Hihiii..bukannya hatiku parah terluka cuma luka dekat muka akibat kena jahit. Pengalaman baru sempena sambut Maal Hijrah. Hari ini dalam sejarah jugalah..pertama kali mengalami luka yang teruk..walaupun tak patah riuk, sedikit luka,calar-balar dan lebam. kui3. Dapat gelaran baru tauu,, "fizah tembam" tranform "fizah lebam'. Nak dijadikan cerita, keluarga ada buat kenduri kesyukuran. Pergerakan yang agak terbatas menyebabkan aku jadi perhatian. Mau tidak, dahlaa jalan lambat macam orang tua, angkat pinggan mangkuk yang banyk pun tak termampu. Huhuuu.. semua pandang aku. Buat muka slumber ajelaaa. Macam manala muka aku 14 Dis ni yaa? Perlu melaksanankan tugas pertama di sekolah. Bagaimana reaksi warga sekolah? Hahaaaa... aku redah jaa.. Luv Peace not war. Wink3.
Time 4 sleep.zzzz 




0 comments:
Post a Comment