BLOGGER TEMPLATES AND Twitter Backgrounds »

Sunday, February 13, 2011

Istimewa...

Baru saja selesai cetak satu salinan soalan ujian prestasi.. Istimewanya, soalan  yang baru saya cetak menggunakan font yang agak besar daripada biasa. Kenapa yaa? Kerana soalan itu untuk pelajar yang cukup istimewa. Pertama kali berjumpa dengan pelajar tersebut, tidak perasaan langsung perbezaannya. Akhirnya, saya tahu dia berbeza dan istimewa apabila melihat dia begitu tekun membaca. Lalainya saya...Tidak rasa terbeban walaupun terpaksa mengedit semula soalan yang saya taip. Malah rasa bersyukur, melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk pelajar yang tekun dan istimewa.

Tak ada manusia yang pandai dan sempurna dan tak ada manusia yang tiada kelebihan walaupun tidak pandai.
Kecerdasan dan kepandaian manusia berbeza-beza. Kecerdasan itu pelbagai...Semua pelajar berhak diberi peluang menunjukkan kecerdasan  yang ada..

Saturday, February 5, 2011

lepaking....relaxing...shopping....

Bahagianya hidup kalau dapat melakukan  perkara2 yang dinyatakan di atas.... lalalla sambil menyanyi riang. ...kui3<<
Tapi hidup xsemudah yang kita impikan.Bagi mencapai setiap yang diimpikan ia xsemudah kita bayangkan. Semua perlu ada usaha dan juga peluang. Peluang pulak bukan selalu datang dalam hidup kita. Kadang-kadang kita tak sedar pun peluang datang, dan kita lepaskan peluang begitu saja. Kalau tersedar pun, peluang da terlepas. Banyak peluang dalam hidup yang kita dah buang dengan sia2. Bagi hari yang mendatang kita harus sentiasa sedia dalam merebut peluang yang ada. Jangan diingat kegagalan yang lepas, mula yang baru.....

Ibarat air yang mengalir terus menuju ke lautan......



Friday, February 4, 2011

KERJA ooo kerja..

Selagi hidup selagi itu kita memerlukan kerja. Tiada kerja tiada makan. Tiada kerja, hidup pun sesak. Tiada kerja pergi meminang pon mesti kena reject.kuiiii3... Anda mungkin bekerja sebagai peniaga yang berjaya, guru yang gigih mendidik anak bangsa, jurutera yang mencorak pembangunan negara waima tukang bersih di bangunan pencakar langit sekalipun. Namun, adakah kerja yang kita lakukan datang daripada sumber yang halal?Cuba fikir seketika.

 Kalau anda mengangguk-angguk mengiyakan..Alhamdulillah. Jika sebaliknya, anda masih mempunyai masa untuk meninggalkannya. Kerja bukan hanya medium untuk memperolah wang tetapi juga saham pelaburan terbaik sebagai bekalan akhirat. Sumber yang baik, insyaalah akan memberi barakah kepada kehidupan kini. Sekadar berkongsi rasa tentang pengalaman yang dialami apabila berurusan dengan individu yang diberi kredibiliti dan memegang amanah yang agak besar. Malangnya, integriti yang diharapkan agak kurang memuaskan. Tidak pernah terfikirkah individu terbabit tentang amanah yang diberikan? 

 Mungkin terlupa kerana tiada yang mengetuk mindanya.Mungkin selama ini terbuai oleh pujian...hahaha. Yelahh orang punya kuasa.

Ada minda manfaatkan sebaik mungkin;
Ada hati jangan dibiarkan mati; 
Ada rasa fikirkan nasib mangsa,
Ada rezeki fikirkanlah tentang mati..

Sekadar berkongsi rasa tentang fitrah manusia dalam menjalani kehidupan duniawi. Mengingatkan kepada yang terlupa dan mengingatkan diri yang kadangkala alpa.



CoLOuRs Of  My LifE

PiCniC @  Sg. SAmak.....miz dis moment  lorhh.

Last Day 2gether.....sob3

BILa boleh jumpa lagiiiiii?????     (*-*)



Jika anak dibesarkan dengan celaan
Dia belajar memaki

Jika anak dibesarkan dengan permusuhan            

Dia belajar menentang

Jika anak dibesarkan dengan cemuhan
Diaa belajar
rendah diri


Jika anak dibesarkan dengan toleransi               
Dia belajar jadi penyabar

Jika anak dibesarkan dengan dorongan
Dia belajar percaya diri

Jika anak dibesarkan dengan pujian
Dia belajar menghargai

Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang

dan persahabatan
Dia akan terbiasa berpendirian



Thursday, February 3, 2011

Taiping ooo Teping...lama xp



Da dekat setahun xp Taiping. adeshhh....bahgia toi bila tingat.
Walaupun p wat keja dan bukan bercuti saja.. tapi relaxxx ja.
Pagi g skol petang lepak2,, makan kat sana memang best n murah...
hahahha.... Miss my  students, my workplace, kwn2....n 'nasi kerabu'.
Mudah jer nak cari, g kat Pasar Malam Kamunting dekat stesen bas tuuu...
yummmmmyy3..
n satu agi aiskrem yang mcam2 jenis, ada 200 lebih variety klo xsalah,,,
kat foodcourt kat ngan balai bomba kot
uhhuu...dah lupa lokasi dia lahhh,hilang ingatan seketika daaa..
lupa nak snap pic laa coz xcited nak makan arituuu.hihiii..

 

@ Kuala Sepetang...pekena mee udang.
            P/S: Taipingggg..nnt kita jumpa lagi tawww.....
 

Im home...lalallalaaa...

Cuti seminguu..yehhhhh.hahahahaha.
Xkesah la tumpang raya ka,kuey raya kaaa..yang penting dpt balik umah.Impian pertama, makan  n masak benda yang aku ngidam..kui3.Setakat arini semua yang dihajati dapat ditunaikan. Sambal tumis petai, siakap steam, udang  'ala pxah'n mcam2 laaaaaaaa..hah somtam pon aku bedal gak..yumm3 masih ada lagi berbaki cuti aku...sok menu apae lagi yaaaaa...tunggguuuuuuu