BLOGGER TEMPLATES AND Twitter Backgrounds »

Sunday, February 13, 2011

Istimewa...

Baru saja selesai cetak satu salinan soalan ujian prestasi.. Istimewanya, soalan  yang baru saya cetak menggunakan font yang agak besar daripada biasa. Kenapa yaa? Kerana soalan itu untuk pelajar yang cukup istimewa. Pertama kali berjumpa dengan pelajar tersebut, tidak perasaan langsung perbezaannya. Akhirnya, saya tahu dia berbeza dan istimewa apabila melihat dia begitu tekun membaca. Lalainya saya...Tidak rasa terbeban walaupun terpaksa mengedit semula soalan yang saya taip. Malah rasa bersyukur, melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk pelajar yang tekun dan istimewa.

Tak ada manusia yang pandai dan sempurna dan tak ada manusia yang tiada kelebihan walaupun tidak pandai.
Kecerdasan dan kepandaian manusia berbeza-beza. Kecerdasan itu pelbagai...Semua pelajar berhak diberi peluang menunjukkan kecerdasan  yang ada..

0 comments: