BLOGGER TEMPLATES AND Twitter Backgrounds »

Friday, February 4, 2011

KERJA ooo kerja..

Selagi hidup selagi itu kita memerlukan kerja. Tiada kerja tiada makan. Tiada kerja, hidup pun sesak. Tiada kerja pergi meminang pon mesti kena reject.kuiiii3... Anda mungkin bekerja sebagai peniaga yang berjaya, guru yang gigih mendidik anak bangsa, jurutera yang mencorak pembangunan negara waima tukang bersih di bangunan pencakar langit sekalipun. Namun, adakah kerja yang kita lakukan datang daripada sumber yang halal?Cuba fikir seketika.

 Kalau anda mengangguk-angguk mengiyakan..Alhamdulillah. Jika sebaliknya, anda masih mempunyai masa untuk meninggalkannya. Kerja bukan hanya medium untuk memperolah wang tetapi juga saham pelaburan terbaik sebagai bekalan akhirat. Sumber yang baik, insyaalah akan memberi barakah kepada kehidupan kini. Sekadar berkongsi rasa tentang pengalaman yang dialami apabila berurusan dengan individu yang diberi kredibiliti dan memegang amanah yang agak besar. Malangnya, integriti yang diharapkan agak kurang memuaskan. Tidak pernah terfikirkah individu terbabit tentang amanah yang diberikan? 

 Mungkin terlupa kerana tiada yang mengetuk mindanya.Mungkin selama ini terbuai oleh pujian...hahaha. Yelahh orang punya kuasa.

Ada minda manfaatkan sebaik mungkin;
Ada hati jangan dibiarkan mati; 
Ada rasa fikirkan nasib mangsa,
Ada rezeki fikirkanlah tentang mati..

Sekadar berkongsi rasa tentang fitrah manusia dalam menjalani kehidupan duniawi. Mengingatkan kepada yang terlupa dan mengingatkan diri yang kadangkala alpa.

0 comments: